Tuesday, 21 February 2017

AWAS!! Spina Bifida SANGAT Merbahaya kepada Preggy Mummy

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!!

Kita bersiaran lagi..

Apa topik kita kali ini?

<< Cacat Tulang Belakang >>

Image result for spina bifida pictures

Tajuk ini sangat dititikberatkan kepada para ibu dan terutamanya kepada mereka yang bakal menjadi ibu..
(setiap bulan mesti ada orang nak kahwinkan kecuali bulan puasa)

Kiranya, inilah persediaan sebelum hamil untuk yang pertama kalinya..

Setiap dari para ibu perlu mengambil tahu apa itu Spina Bifida, yang dikenali sebagai kecacatan pada tulang belakang bayi..


Menurut wikipedia, Spina Bifida ini adalah keterbukaan tulang belakang bayi (bahasa Latin)..
Dalam erti kata lain, "sumbing tulang belakang"..

Ianya berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul yang akan menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarak di antara tulang belakang...
Akibatnya, saraf tunjang dan saraf-saraf yang ada berkait dengan saraf tunjang juga tidak akan berkembang dengan sempurna..

Sebelum kita kenal dengan lebih mendalam lagi tentang Spina Bifida ini, mari kita kenali dahulu struktur tulang belakang kita..

Tulang belakang kita melindungi spinal canal yang berisi cecair tulang belakang dan saraf tulang belakang.. Saraf tulang belakang ini terdiri dari pelbagai saraf yang berhubung dengan otak dan anggota tubuh badan kita yang lain.. Di dalam spinal canal ini, semua saraf kita dilapisi meninges. Manakala, di luar tulang kita ini wujudlah sel-sel kulit..


Apabila terdapat jarak di antara tulang belakang kita yang tidak tutup dengan sempurna, contohnya di bahagian pinggang, cecair tulang ini akan mendorong pembentukan kantung di lokasi tersebut..

Berkas:Spina-bifida.jpg

Pembentukan Spina Bifida (kecacatan tulang belakang bayi) berlaku dalam beberapa minggu di awal kehamilan.. Waktu ini, mungkin para ibu tidak tahu yang mereka sedang hamil..



Faktor Terjadinya Spina Bifida

Penyebab berlakunya penyakit ini belum dikenalpasti.. Namun, pakar-pakar telah bersetuju bahawa penyakit ini terjadi dengan beberapa faktor, di antaranya ialah;

❤ Kekurangan Asid Folik ❤

Para ibu perlu mendapatkan asid folik dengan kadar yang secukupnya sebelum dan sepanjang kehamilan. Sekiranya ibu hamil kekurangan asid folik dalam badan, bayi di dalam kandungan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit Spina Bifida. Apabila sudah terjadi, maka bayi kita sudah mengalami kecacatan kekal dari usia awal kandungan lagi

❤ Faktor Keturunan ❤

Para ibu yang mempunyai anak yang mengidap Spina Bifida ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi berpenyakit yang sama pada jenis yang lain

❤ Jenis Kelamin ❤

Spina Bifida ini lebih berisiko kepada bayi perempuan

❤ Pengambilan Ubat Tertentu ❤

Seperti pengambilan valproic acid dan carbamazepine yang digunakan untuk masalah epilepsi atau gangguan mental

❤ Diabetes ❤

Wanita yang mengidap kencing manis memiliki risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan Spina Bifida ini. Kadar gula yang berlebihan dalam darah boleh menggangu perkembangan bayi dalam kandungan

❤ Obesiti ❤

Masalah kegemukan para ibu pada masa sebelum kehamilan juga akan meningkatkan risiko untuk memiliki bayi yang menghidap Spina Bifida ini



Kategori Spina Bifida

Mari kita kaji jenis-jenis Spina Bifida yang ada dan sering terjadi kepada bayi.

Terdapat tiga jenis Spina Bifida yang perlu kita ketahui.
Antaranya ialah:




❤ Spina Bifida Okulta ❤

Spina Bifida Okulta (tersembunyi) merupakan jenis yang paling biasa berlaku dan yang paling ringan. Dalam kes ini, terdapat jarak kecil yang berlaku di antara tulang belakang. Kebanyakan orang dewasa yang mengalami spina bifida jenis ini mempunyai simptom-simptom yang ringan atau tiada simptom langsung dan mereka juga tidak tahu yang mereka sedang mengalami

❤ Spina Bifida Meningosele ❤

Spina Bifida Meningosele merupakan jenis pada peringkat pertengahan, tidak terlalu ringan dan tidak terlalu serius dan merupakan jenis yang paling jarang berlaku. Dalam kes ini, terdapat satu sista menyelaputi membran yang boleh pecah dengan mudah

❤ Spina Bifida Mielomeningosele ❤

Spina Bifida Mielomeningosele (meningomielosele) adalah jenis yang serius. Bonjolan yang merupakan sista atau pundi yang diselaputi kulit biasanya boleh dilihat di belakang badan, sista ini mengandungi tisu dan saraf. Saraf tunjang pula akan rosak dan tidak terbentuk dengan sempurna. Mereka yang mengalami spina bifida jenis ini biasanya akan mengalami kerosakan saraf atau kelumpuhan pada bahagian-bahagian tertentu, bergantung kepada di mana sista itu berada. Mereka juga mungkin tidak boleh berjalan atau mengawal kencing. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami masalah ini juga mempunyai hidrocefalus, di mana cecair di sekeliling otak tidak dapat disalurkan ke dalam aliran darah. Beberapa bahagian otak menjadi rosak sebelum bayi dilahirkan, lantas menghalang cecair tersebut daripada keluar dengan sempurna. Tekanan yang meningkat memampatkan lagi otak



Kekerapan Berlakunya Spina Bifida

Kekerapan berlakunya spina bifida ini boleh dianggarkan kira-kira 5 hingga 10 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi. Kebanyakan mereka akan mengalami Spina Bifida Okulta tanpa mereka sedar dan hanya kira-kira satu dalam 1.000 bayi yang dilahirkan dengan Spina Bifida Mielomeningosele, iaitu jenis spina bifida yang paling serius




Cara untuk Mengesan Spina Bifida

Spina bifida boleh dikesan samada melalui imbasan ultrabunyi (ultrasound) semasa pemeriksaan rutin di pertengahan kehamilan atau melalui ujian darah



Cara amerawat Spina Bifida

Dari segi rawatannya pula, bayi yang mengalami spina bifida yang teruk memerlukan pembedahan dalam masa dua hari selepas dilahirkan untuk membetulkan jarak pada tulang belakang. Sesetengah doktor tidak menggunakan pembedahan tetapi membiarkan bahagian itu sembuh dengan sendiri. Sesetengah bayi pula berjaya dibedah semasa masih dalam rahim (uterus). Pembedahan seperti ini masih jarang dilakukan

Manakala bayi yang mengalami hidrosefalus mungkin perlu dipasangkan tiub untuk mengeluarkan lebihan cecair daripada otak ke abdomen



Bagaimana pula Cara pencegahannya?


Langkah utama yang perlu diambil adalah mencukupkan pengambilan asid folik bagi para ibu yang hamil di awal kehamilan dan bakal-bakal ibu yang merancangkan kehamilan sebanyak 400 mikrogram dalam sehari


Pengambilan asid folik ini perlu dimulakan seawal 1 hingga 13 minggu dan ke atas. Jika pengambilan asid folik ini dimulakan pada minggu ke 13 dan ke atas, ianya terlalu lambat kerana ketika ini pembentukan tiub saraf sudah lengkap

Oleh sebab itu, para ibu digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan asid folik seawal dua bulan sebelum kehamilan dan terus mengambilnya sehingga minggu ke 12 kehamilan

Oleh itu, makanlah makanan yang tinggi asid folik sebelum kehamilan pertama seperti kuning telur, bayam, brokoli, sayur-sayuran dan lain-lain

Rajin-rajinlah makan sayur tau!

Kalau risaukan khasiat sayur yang banyak telah musnah ketika proses memasak. Maka tambahlah dengan pengambilan makanan tambahan seperti supplemen

DAN

Pastikan supplemen yang semulajadi ye

Bukan sentetik dan mengandungi bahan kimia


B-Complex Shaklee Mengandungi Asid Folik
B-complex Shaklee ini mengandungi semua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh badan (B1, B2, B3, B6, B12) termasuklan Biotin dan Asid Folik



Bantuan & Sokongan

Persatuan Spina Bifida Malaysia (SIBIAM) menawarkan khidmat nasihat dan sokongan praktikal bagi mereka yang menghidap spina bifida dan hidrocefalus, serta penjaga mereka





Sumber Rujukan

http://www.alodokter.com/spina-bifida
http://www.babycenter.com.my/a1024195/spina-bifida


===============================================

Sudah ramai pelajar dan surirumah yang berjaya mendapatkan pendapatan bermula 4 angka sehingga 6 angka......

Bersama The Walking Beauty & Shaklee

==============================================

Kini, Shaklee Go Online di mana-mana sahaja, segalanya dihujung jari anda..


SOALAN LAZIM tentang pendaftaran keahlian Shaklee..

ATAU

MAKLUMAT tentang projek The Walking Beauty


********

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Shaklee, boleh la layari dan mendaftar di SINI.


ATAU

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang projek The Walking Beauty, boleh la mendaftar di SINI.

Sebarang Pertanyaan

011-33180074 (Call/Message/Whatsapp)

Pengedar Sah Shaklee Melaka : Maryadah (ID 1189602)

nmri_27392@yahoo.com (email)

Nur Maryadah (Facebook)

COD : Seluruh Melaka
POS : Seluruh Malaysia

Anda berminat untuk berniaga bersama saya??
Ingin membuka spa atas nama sendiri?
Saya akan bantu anda sehingga anda berjaya

Marilah sertai Group saya
Klik SINI untuk JOIN SHAKLEE

atau

Klik SINI untuk Join TWB





Terima Kasih kerana Memilih Shaklee dengan Saya
DAN
Tahniah kerana memilih The Walking Beauty untuk masa depan anda

No comments:

Post a Comment