Thursday, 9 November 2017

HOME SPA vs MOBILE SPA

Ramai sebenarnya tak jelas dengan perbezaan Home Spa dan Mobile Spa. Hari ni Kak Marr nak terangkan bezanya.

HOME SPA


Home Spa adalah spa di rumah. Bukan rumah korang, tapi ber spa di rumah beauty therapist tu.
Inilah konsep spa tanpa kedai.

Tahu tak, kenapa konsep ni menjadi permintaan ramai?

Sebabnya, konsep macam ni memberikan keselesaan kepada pelanggan dari pelbagai aspek seperti kemudahan parking, waktu menunggu, dan lain-lain lagi. Iye la, kalau di kedaikan, pelanggan kena uruskan parking kenderaannya sendiri (nak cari tempat parking, dah tu kena letak kupon parking pula. Kan? Kan kos semua tu.). Lepas tu sampai kedai, kena tunggu turn pula. Kan?

Sebab lain pula, nak memberikan keselesaan pada pelanggan ketika ber spa. Lain tau feeling dia, spa di kedai dengan spa di rumah.

Tujuan utamanya ialah memberikan rawatan eksklusif pada harga yang sangat berbaloi, serendah RM25 pun ada di iFace Spa.

Cuba korang fikirkan, iFace Spa menggunakan produk

MAHAL, SELAMAT & BERKUALITI

Tapi bagaimana boleh MAMPU menyediakan rawatan sebegitu eksklusif pada harga yang
tak masuk akal?

JAWAPANNYA

Spa ini berkonsepkan tanpa kedai.


MOBILE SPA



Servis ni ke rumah korang atau di mana pun korang berada. Dekat mana-mana pun korang duduk, korang boleh panggil Kak Marr untuk spa kan korang. Korang call aje, Kak Marr sampai. Asalkan di kawasan yang Kak Marr cover la ye. 
Tak pasal-pasal caj transport mahal pula kang. (Kak Marr gurau je)

Konsep spa bergerak ini adalah untuk memudahkan pelanggan untuk mendapatkan servis spa. Memudahkan dari segi masa, perjalanan dan pelbagai lagi. Ialah, malas nak menempuh jammed, nak cepat, tak boleh nak tinggalkan anak sebab tak ada pengasuh, tak ada kenderaan nak bergerak amat digalakkan menggunakan servis spa bergerak ni. Senang kerja korang tau.

Dah nama pun servis datang ke rumah korang kan, semestinya lah ada caj untuk datang ke rumah korang. Cajnya adalah caj pengangkutan aje. Tiada caj lain atau caj tersembunyi. Ni dah bagitahu terang-terang dah ni. 

Kebiasaannya, Beauty Therapist macam Kak Marr ni (walaupun tak secantik Cinderella) akan bawa barang-barang kelengkapan untuk ber spa ke rumah korang.


***********************


"Haritu saja saja je Tiera & kakak Tiera book satu mobile spa datang rumah. 
Selalu kita spa kan orang kan, kali ni biar kita dimanjakan. Reward diri sendiri.
Nak tahu tak..."


"Total RM500, tengok barang dia guna, rasa setanding je dengan apa yang 
TBH sediakan except for the foldable bed & blanket panas - since kami tak 
buat servis urutan badan so tak perlu pun la kan, dan dari segi produk,
rasanya produk kami lagi mahal dan berkualiti hehe"


"Kami berborak dan berbual. Katanya ramai orang zaman sekarang menghadapi
masalah TAK ADA MASA. Kadang-kadang siap bayar pakej penuh beribu 
dekat satu spa ni, tapi membazir bgitu sahaja sebab? 
Tak sempat pergi. Tak ada masa etc"


"Sebab tu ORANG SANGGUP BAYAR LEBIH untuk mobile spa, simply because.. BAYARAN LEBIH ITU ADALAH UNTUK COVER SEGALA KEMUDAHAN 
YANG PELANGGAN NIKMATI"

(Perbualan di antara upline saya dan si tukang mobile spa)


***********************

AMACAM?

Nak rasa tak ber spa di rumah sendiri?


Actually, tempat yang PALING BEST untuk ber spa adalah rumah sendiri.

Iye lah, tak perlu keluar rumah, SAVE masa kowt. 

Kalau tak, cuba la kira berapa banyak masa yang korang kena ambil untuk keluar pergi spa.
Nak mandi, nak bersiap, nak make up (kalau tak make up tak de rupa orang kang), nak kemas rumah dulu, tak kemas tak boleh tiggal rumah dengan aman, nak masak dulu, jap lagi husband balik nak lunch dekat rumah, nak kunci rumah, nak kunci pagar, nak start kereta, nak drive lagi, pulak kena jammed (berapa lama dalam kereta?), dah sampai, nak cari parking, nak menapak ke spa pula, dah sampai kena tunggu turn pula (kalau penuh).
Dah siap sesi rawatan, drive balik rumah, menghadap jammed (tak jammed kereta banyak, jammed sebab traffic light pula). Hah, berapa ratus minit kena ambil untuk ber spa?

Kalau yang memang ada FREE time, its okay la kan. Kalau yang busy tu? Macam mana pula tu?


So?

So far so good la.
Kak Marr ada untuk spa kan korang di rumah.
Kan memudahkan korang tu.


Tak payah nak pening-pening kepala bila servis spa bergerak dah ada sampai ke depan pintu. 

Ding Dong Ding Dong. Sampai!!


Okay, jelas dah sekarang apa beza HOME SPA dan MOBILE SPA?


Anything else.
Korang contact aje Kak Marr
011-33180074

No comments:

Post a Comment