Sunday, 1 April 2018

Saat Magika Bersama TWB

'Menangis'

'Menangis'

Dan 

'Terus Menangis'


Cuaca di luar mendung seakan memahami apa yang tersurat dan tersirat di dalam hati ini.
Allahu

Seorang surirumah yang tiada pendapatan tetap, hanya bergantung kepada seorang suami dan melakukan kerja part time. Sedangkan, ianya mempunyai segulung Ijazah Perakaunan di UiTM.

Itulah Kak Marr

Apakah maknanya segulung ijazah itu, sedangkan tiada kerja yang sesuai?
Tipu!
Kerja Akaun melambak!

Itu yang selalu orang katakan. Hakikat sebenar, tiada siapa yang memahami apa kehendak hati ini. Hanya Dia tempat mengadu.

Mohon kerja sana sini, pergi temuduga sana sini. Dah kerja dah. Bertukar kerja lagi. Kerja lagi. Tapi?
Hati tetap nak memberontak. 
'Aku tak boleh kerja macam ni!'
Penat!
Tak berbaloi!
Anak aku terabai!
Rumah macam tongkang pecah!

Itulah hakikat yang Kak Marr rasakan.
Hati ini berat hendak bekerja, tidak kira di sektor awam ataupun sektor swasta.

Naluri seorang ibu. 
Nak ada pendapatan yang lumayan, dapat membantu suami, anak membesar depan mata, dapat belikan setiap keperluan anak, dapat beri anak makan dengan tangan sendiri setiap kali makan, dapat mengajar dan mendidik anak dengan cara sendiri dan macam-macam lagi.
Itu adalah satu kepuasan dan sebenarnya keperluan bagi seorang ibu.


Alhamdulillah, kini hampir 2 tahun Kak Marr join The Walking Beauty Projek. Entah dah beribu dah pendapatan dari hasil spa yang Kak Marr dah dapt. Kak Marr tidak terkira kerana pendapatan itulah yang telah menampung perbelanjaan Kak Marr untuk diri sendiri, untuk anak dan untuk membantu suami.


Jun 2016 adalah bulan keramat bagi Kak Marr.

Seorang yang berpewatakan kasar, ganas dan lasak. Akhirnya, menjadi seorang jurukecantikan bersama The Walking Beauty (TWB).

Kadang-kadang, bila fikirkan permulaan bersama TWB ini boleh mengukir senyuman pada wajah sendiri. Lucu dan kelakar hanya kerana bertukar karakter pada waktu itu.

Kak Marr sanggup melaburkan duit kerana secebis ilmu yang sangat berguna hingga ke akhir hayat Kak Marr. Ilmu yang membawa duit. Ilmu magnet rezeki. Gila kalau mereka bencikan ilmu sebegini.

Kak Marr sanggup berkorban demi anak yang dikandung. Pada masa itu, Kak Marr baru sahaja berkahwin dan mulakan hidup yang mencabar tanpa kerja, tanpa pendapatan tetapi bakal menimang cahaya mata.

Tanpa berfikir panjang lagi, terus contact mummy Athirah Tieramiessyou (FB). 

'Mummy, saya nak join TWB'

Klik klik klik klik

DONE!

Done make a payment.

Masa tu, pakej RM750. Harga pakej dah mahal. Sebelum tu, murah. RM200++ aje. Ruginya tak join awal-awal. Tapi, its okay. Jangan tak join langsung. Super double triple rugi!

Ok

Mummy Athirah pun cakap yang beliau akan membelikan produk-produk dan kami srt tarikh untuk saya ke Bangi untuk menjalankan latihan. Masa tu, pregnant 4 bulan. Gigih ke Bangi untuk training naik kereta dengan kawan.

Alhamdulillah

Settle training


Bermula dari sini, pendapatan spa tak pernah putus. Setiap kali duit di bank dah kering, setiap kali itu lah tabung spa membantu tampung yang kering tu. Sehinggalah sekarang.

Alhamdulillah

InshaAllah, Kak Marr juga akan ada Home Spa yang exclusive untuk para pelanggan Kak Marr di Umbai.

Doakan segalanya berjalan dengan lancar.

Kini

Air mata yang sering mengalir dulu, kini sudah kering kerana segala masalah dapat diatasi atas izinNya melalui pendapatan spa. Tak rugi apa melabur untuk mendapatkan ilmu dengan The Walking Beauty.

Kini, anak membesar depan mata Kak Marr dapat mengaji bersama, dapat solat bersama, dapat dengar setiap sebutan dari mulut dia yang semakin pandai mengeluarkan butir bicara. Kak Marr gembira.

Semua impian Kak Marr tercapai dengan asbab join The Walking Beauty.
Naluri seorang ibu, impian seorang surirumah tercapai.

Kak Marr tak pernah terfikir yang Kak Marr akan ada spa sendiri dengan mudah!
Kak Marr tak pernah terfikir untuk mendapat pendapatan yang tidak terptus ini!

Segala apa yang Kak Marr inginkan, semuanya tercapai dengan izinNya. Semuanya datang dari Allah.

Alhamdulillah
Alhamdulillah

Kak Marr sudah
Anda bila lagi?

Kak Marr doakan setiap orang yang membaca entri ini akan mendapat rezeki yang lumayan juga bersama The Walking Beauty dengan izinNya.




























No comments:

Post a Comment