Saturday, 5 January 2019

Diet yang Berisiko Maut - Part 2

Hah! Ada ke yang nak tahu kenapa Diet ni boleh bawa kepada maut?

Sebelum Kak Marr kongsikan dengan lebih lanjut lagi.
Korang semua dah baca tak tentang diet ni?

Bacalah dulu diet tinggi protein ni diet yang macam mana.

Barulah boleh faham kenapa diet yang Kak Marr ceritakan ni boleh bawa maut.

Amalan diet ini biasanya sukar untuk diikuti untuk jangka masa yang panjang. Kebiasaannya, apabila pengamal diet ini berhenti dan bertukar kepada diet biasa, berat badan yang hilang akan naik semula.

Okay...
Sebelum Kak Marr kongsikan apa kesan daripada mengamalkan diet ni, Kak Marr nak kongsikan dulu sedikit kebaikan daripada diet ini.




Kebaikan pengamalan diet tinggi protein..
Antara kebaikan yang dirasakan oleh pengamal diet ini ialah rasa kenyang lebih lama kerana protein berada di dalam perut lebih lama berbanding karbohidrat dan lemak kerana pengambilannya yang melebihi dari keperluan. Jadinya, pengamal diet ini tidak perlu kerap makan dan berat akan turun.

Walau bagaimanapun, ianya adalah kesan jangka pendek. Kebiasaannya berat badan akan mula naik apabila pengamal berhenti atau tidak mengambil diet tinggi protein ini.


Apa pula keburukan pengamalan diet ini?

Ada 6 keburukan utama yang telah di kesan yang bakal dihidapi oleh pengamal ini jika diet ini diamalkan dalam jangka masa yang panjang.

1. Penyakit Jantung

Kepada penyakit jantung boleh terjadi?

Pengambilan protein yang tinggi terutamanya daripada sumber haiwan akan menyebabkan peningkatan aras lemak tepu di dalam darah. Ini juga akan menyebakan saluran darah akan mengecil dan tersumbat. Ianya akan menyebabkan berlakunya penyakit jantung dan strok. Selain dari itu, kekurangan pengambilan serat harian seperti sayuran dan buah-buahan akan menyebabkan peningkatan kolestrok kerana serat bertindak membantu mengawal paras kolestrol dalam darah.

2. Gout

Pengambilan protein yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan peningkatan aras asid urik di dalam darah yang boleh mengakibatkan penyakit gout terutamanya golongan lelaki.

3. Masalah buah pinggang dan hati

Pengambilan protein yang terlalu tinggi terutamanya protein yang bersumberkan haiwan lebih berisiko tinggi membebankan buah pinggang dan hati manusia. Ianya bukan kesan jangka pendek, tetapi ianya akan terjadi dalam jangka masa yang panjang.

Kenapa protein akan membebankan buah pinggang dan hati?

Kedua-dua organ ini perlu bekerja lebih kesan dari pengambilan protein yang terlalu tinggi untuk mengeluarkan ketone yang terhasil untuk dikumuhkan melalui urin.

4. Sembelit

Kenapa pengambilan protein boleh menyebabkan sembelit?

Hal ini terjadi kerana pengamal diet ini kekurangan serat di dalam badan. Serat bertindak membantu sistem penghadaman manusia. Jadi, jika badan kita kekurangan serat, ini yang akan menyebabkan sembelit.

5. Kanser

Inilah kesan yang paling memudaratkan sehingga boleh menyebabkan kematian. Kenapa ini boleh berlaku?

Pengamal diet ini akan mengurangkan pengambilan sumber tumbuhan dan serat di dalam pemakanan seharian mereka. Sumber tumbuhan ini sebenarnya kaya dengan fotokimia (phytochemical) dan tinggi antioksidan (antioxidant) yang berupaya membantu mengurangkan risiko kanser. Jadinya, kekurangan pengambilan tumbuhan iaitu seperti sayuran dan buah-buahan ini akan menyebabkan risiko terkena kanser itu menjadi lebih tinggi. Tambah-tambah lagi, jika mengamalkan pengambilan protein haiwan. Serat pula bertindak menjadi sistem pertahanan di dalam badan daripada terkena sebarang penyakit.

Jadinya, jika antioksidan dan sistem pertahanan tidak ada di dalam badan secukupnya?

Inilah akan menyebabkan badan kita jadi lemah dan mudah diserang penyakit. Tidak kira penyakit biasa-biasa ataupun penyakit yang teruk.

6. Kekurangan vitamin dan mineral

Pengamal diet jenis ini tidak mendapat vitamin dan mineral yang secukupnya kerana mereka menolak keras daripada mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dengan kadar yang secukupnya. Hal ini yang menyebabkan badan mereka kekurangan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.




So, inilah serba sedikit tentang kebaikan dan keburukan yang akan diterima oleh mereka yang mengamalkan diet tinggi protein ini.

Kak Marr bukan suka-suka buat entri ni. Kak Marr telah membuat rujukan daripada Portal MyHealth. Di portal itu juga ada menyatakan bahawa sumber yang dapati adalah dari satu kajian yang dinamakan Nurses' Health Study yang melibatkan 1,624 wanita
dan mengambil masa 11 tahun (1989-2000).

Didapati bahawa individu yang mempunyai buah pinggang yang lemah  dan mengambil protein yang tinggi terutama daripada sumber haiwan berkecenderung untuk menghadapi masalah buah pinggang gagal berfungsi lebih cepat.


Jadi, tidak perlulah anda mengamalkan diet tinggi protein ini. Cukuplah anda mengamalkan gaya hidup sihat, kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kalori, lemak dan berminyak, amalkan diet seimbang dan lakukan senaman berkala.

Senang aje kan?

Bagi Kak Marr, cukup dah..

Kalau anda semua jaga pemakanan, lakukan senaman berkatan dan ambil supplement sebagai nutrisi tambahan.

InshaAllah, akan sihat dan terjaga dari sebarang penyakit yang tidak diingini.

Oleh kerana itu lah, Kak Marr  tak lepaskan peluang mengambil protein ESP dari Shaklee untuk tambah yang mana kurang di dalam pengambilan makanan seharian Kak Marr.

Psttt..
Kak Marr nak bagitahu ni, Januari 2019 adalaha bulan promosi protein yang sihat dan selamat yang berunsurkan protein tumbuhan, iaitu soya asli.



Whatsapp je Kak Marr di no 011-33180074



No comments:

Post a Comment