Wednesday, 2 January 2019

Kisah Kejayaan di dalam Business Shaklee PART 1


Assalamualaikum w.b.t



Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..





Nama diberi Nur Maryadaharba'ah binti Idris.. Merupakan anak kampung sahaja.. Bukanlah siapa-siapa.. Kak Marr berasal dari Melaka.. Nama panggilan...Kak Marr.. Tak payah lah panggil nama panjang, nanti terbelit pulak lidah.. Hehehehe


Kak Marr merupakan seorang suri rumah setelah menamatkan Ijazah Perakaunan, juga seorang isteri kepada suami, yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Tetapi sekarang Kak Marr adalah owner Spa @ifacespatwb dan leader kepada #CFEmpire. Kak Marr ni orang biasa-biasa sahaja.. Alhamdulillah, hujung tahun 2016 haritu Kak Marr telah menjadi seorang ibu kepada seorang Baby Shaklee.. Peneraju Shaklee Kak Marr.. InshaAllah.. coming soon peneraju spa pula akan keluar. Aaaaaamin


Ramai yang pelik.. Kenapa Kak Marr tidak memilih untuk meneruskan kerjaya dalam perakaunan.. Dan memilih Shaklee untuk berniaga..


Disinilah bermulanya kisah Kak Marr..dan kisah ni tetap sama dan tidak dapat dilupakan
#Maaflah kalau kisah Kak Marr ini agak membosankan#


Pada awalnya, semasa Kak Marr di semester 8 di UiTM Melaka, April 2015 Kak Marr menghadapi masalah kulit yang sangat teruk.. (Keluarga Kak Marr tidak mempunyai masalah jerawat di muka yang teruk).. Tapi.. Ianya terjadi pada Kak Marr.. Terasa sangat gatal, miang dan bernanah.. Kak Marr sendiri tidak tahu kenapa terjadi sampai macam ni teruk.. Kak Marr dah mula terasa down..


Teruk kan? Muka time belajar. Masa ni kena jerawat agak teruk.


Masa ni, segan sebenarnya nak keluar dengan ex-boyfriend kita yang belakang tu.

Ni gambar sebelum consume ESP Shaklee dan Vitamin C Shaklee tau.


Pada masa ni.. Kak Marr memang dah lama kenal dengan mummy tiera Kak Marr ni.. Beliau merupakan senior sekolah Kak Marr.. Kak Marr pun da lama survey produk-produk Shaklee dengan beliau.. Mungkin masa ni mummy tiera pun menyampah da.. Kak Marr asyikkkkk laaa bertanya itu ini.. Tapi tak beli pun.. HahahahaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Akhirnya, dengan masalah yang Kak Marr hadapi ini.. Akhirnya Kak Marr buat keputusan untuk menjadi ahli dan terus membeli.. Hanya bermula dengan ESP dan VIT C.. Tapi masa ni Kak Marr tak serious untuk berniaga.. Hanyalah untuk mengguna sendiri sahaja..

Kak Marr tak terfikir pun nak berniaga pada masa ini.. Sebab tengah study lagi.. Kak Marr hanya guna sendiri.. Sambil-sambil tu.. Ada juga offer dengan bebudak rumah, kawan-kawan sekelas dan mereka yang terdekat dengan Kak Marr sahaja masa tu..

(Offer jgk kan hihi sebenarnya, Kak Marr memang suka berniaga dan keluarga Kak Marr juga merupakan keluarga berniaga kecil-kecilan. Minat ada tp nak start serius blm lg)


Nampak tak? Saja buat pipi kembung sebab nak tunjukkan jerawat makin teruk keluar. Selepas sebulan consume ESP & Vitamin C Shaklee.


Kalau korang zoom in, confirm nampak gilos jerawat dekat pipi tau. Gatal yang teramat sangat tau sebenarnya. Sampaikan tak berani nak pakai pape pun dekat atas muka time ni.


Gambar dengan baju part time as sales person
Alhamdulillah masa ni dah 3 bulan consume..Muka makin okay..

At last!!

#phone murah time ni, gambar pun jadi kabur#
Masa ni memang Kak Marr consume sungguh-sungguh.. Dan Alhamdulillah.. Masalah Kak Marr ni berjaya diatasi.. Masa ni Kak Marr rasa Shaklee is SUPERB..!!
Dan masa ni la Kak Marr cuba sedikit demi sedikit buat improvement dalam diri.. Untuk memulakan perniagaan dengan SHAKLEE.. Tapi waktu itu Kak Marr masih tidak yakin dengan diri sendiri.. Itulah turun naik Kak Marr..masih distributor biasa.. Kak Marr tidak terlalu fokus sehinggalah Kak Marr tamatkan pembelajaran dan ingin berkahwin.. Kak Marr juga ada membuat kerja part time masa last semester (Gambar dekat atas tadi tu lah).. Dan masa nak dekat dengan wedding day Kak Marr.. Kak Marr mula rasa.. Kak Marr TERLALU memerlukan duit.. Walaupun ada kerja part time..Mmg dapat duit tapi Kak Marr rasa penat.. Masa ni.. Teringat kan Shaklee dan mummy tiera.. Masa tengah siap nak pergi kerja tu.. Kak Marr telefon mummy tiera.. Dan mengadu.. Macam mana nak buat itu ini semua laaaa.. Masa ni lah.. Mummy bagi semua step untuk mendapatkan customer.. Dan Kak Marr cuba sedaya upaya Kak Marr dengan segala step yang mummy da share..


Pada awal tahun 2016, Kak Marr berjaya ikut semua step dan tips yg diberikan oleh mummy Kak Marr..Alhamdulillah..walaupun belum berjaya 100% tapi.. Kak Marr rasakan keajaiban disitu, sampaikan pensyarah Kak Marr percaya dan beli dengan Kak Marr.. Betapa gembiranya Kak Marr pada masa tu.. Hanya Allah yang tahu.. Sebab tu apa mentor kita ajar suruh buat. Kita buat je. Ikut je. Jgn sombong atau ego.. alkununnya kita ada cara sendiri tp tak jadi jadi pon kan? Mentor suruh buat benda yang dah terbukti dia buat dan berjaya. Knp tak nak ikut kan? Jangan sesekali degil tau.


Dan masa tu jugak, kebetulan, mummy Kak Marr balik ke Melaka dan Kak Marr ada membeli shaker shaklee dengan beliau.. Dengan semangat yang ada.. Hanya dengan menaiki motosikal..
Kak Marr terus jumpa beliau dan menceritakan segala yang terjadi.. Dan Kak Marr cakap masa tu " Betul la mummy cakap, kena yakin. Tak sangka pensyarah saya nak beli dengan saya".. Sbb sblm tu Kak Marr ingat lagi..Kak Marr sangat-sangat tak yakin dengan apa yang Kak Marr buat.. Sehinggalah benda ni terjadi.. Allah nak tunjukkan sesuatu yang berharga pada Kak Marr.. Iaitu YAKIN & PERCAYA..


Kak Marr balik dengan hati gembira walaupun bakul motor yang penuh dengan barang-barang yang bakal beterbangan..
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Selepas wedding Kak Marr..Kak Marr masih belum serious lagi..Setelah 4 bulan perkahwinan..barulah Kak Marr rasa Kak Marr PERLU serious 200%.. Masa mengandung mmg orang tak suruh Kak Marr cari kerja lagi. Lepas beranak nanti? Apa jadi kalau income shaklee blm 4 angka lagi? Mesti ramai suruh Kak Marr cari kerja kan? 

Dalam bilik dekat rumah mummy Athirah di Bangi.

Alhamdulillah.. Berkat yakin dan terus berusaha.. Kak Marr berjaya mendapatkan bonus Kak Marr yang pertama.. Walaupun hanya 2 angka.. Hanya 5%..Dengan bonus masa tu.. Gembira sangat.. Kerana berjaya dapatkan bonus dari Shaklee.. Dan telah membuktikan yang Shaklee is SUPERB.. TAK TIPU DAN MEMANG FAIR..


Dan ketika itu.. Bayangkan Kak Marr dengan masalah menganggur nya takde kerja.. Disahkan mengandung pulak.. Masalah kewangan lah menjadikan sebab yang kuat untuk Kak Marr berusaha dengan gigih lagi.. Dan meyakinkan suami Kak Marr sendiri tentang Shaklee ni.. (Masa ni juga masalah bagi Kak Marr adalah men'Shaklee'kan suami Kak Marr ni).. Masa ni dugaan Kak Marr, yang teramat besar yang Kak Marr rasakan.. Tp Kak Marr pilih untuk terus kuat dan tak berputus asa. 


Pada bulan Jun Kak Marr berjaya mendapatkan bonus.. 8%.. Tapi Masih 2 angka.. Dan Kak Marr buntu.. Masa ni.. Kak Marr down sekali lagi.. Dan masa ni Kak Marr tidak terlalu follow mentor-mentor Kak Marr.. Sebab Kak Marr cuba belajar sendiri..


Bulan 6 pula, walaupun down, Kak Marr masih mencari sisa-sisa keyakinan dan Kak Marr masih memikirkan apa yang perlu Kak Marr lakukan untuk berjaya.. Pada masa ni, Kak Marr telah tekad untuk menyertai projek spa The Walking Beauty by Master Ainul.. (Lama dah sebenanrnya Kak Marr menyimpan hasrat untuk menyertai projek TWB tapi dengan masalah kewangan dan kekangan masa menyebabkan Kak Marr tangguh dulu hasrat ni).. Kak Marr bertambah yakin untuk menyertai TWB Pakej Luxury, (Padahal masa tu duit memang ngam-ngam ada untuk join TWB ni, tak minta langsung dengan sesiapa dan masa tu Kak Marr tak bekerja, cuma kadang-kadang Kak Marr tolong buat akaun farmasi kakak Kak Marr) kerana Kak Marr rasa berkobar-kobar selepas tengok income mereka yang dah lama join TWB ni.. Tambah pula Kak Marr tak ada kerja tetap, ada apply kerja pada awal usia kandungan, tapi rezeki tak menyebelahi Kak Marr. 


Semua tolak Kak Marr hanya kerana sebab mengandung. Sedih sebenarnya. Jadi Kak Marr give up untuk bekerja dengan orang dan nekad untuk bekerja sendiri dan buat bisnes sendiri.. Kak Marr tekad dalam diri.. Kak Marr akan tunjukkan pada suami yang Kak Marr boleh berjaya dan bantu suami Kak Marr .. Kak Marr akan buktikan!!



Walau apa pun yang telah terjadi...
Alhamdulillah atas segalanya….


Nak tahu sambungannya?

Terbukti ke tak?


Tunggu The Next Entry okay


No comments:

Post a Comment