Friday, 4 January 2019

Kisah Kejayaan di dalam Business Shaklee PART 2

Alhamdulillah.. Hari ni rasa nak sambung kisah Kak Marr lagi, kasi habis. Kesian pula pada mereka yang tertanya-tanya tu kan.




Siapa yang belum baca kisah sebelum ni, meyh singgah sini dulu meyh..

↓↓↓↓



Eh! Jap!!
Ada ke yang tertanya-tanya? Ada ke yang nak tahu cerita seterusnya?


Ke Kak Marr syiok sendiri ajo?
Hahahaha




Okay lah.. Sampai mana haritu Kak Marr kongsikan?


Oooooo di sini...

Yesss!!!

Memang semua company tolak Kak Marr hanya kerana Kak Marr mengandung. Sedih sebenarnya. Sedih gila dan agak tertekan masa tu. Dah lah husband berkerah untuk kita cari pendapatan tambahan, orang pula tak nak ambil Kak Marr bekerja. At last,  Kak Marr jadi give up untuk bekerja dengan orang dan Kak Marr tekad untuk bekerja sendiri dan buat bisnes sendiri.. Kak Marr tekad dalam diri.. Kak Marr akan tunjukkan pada suami Kak Marr yang Kak Marr boleh berjaya dan bantu suami Kak Marr..





Bulan puasa.. Bulan yang berkat.. Kak Marr join The Walking Beauty (TWB) dan akhirnya berjaya menyelesaikan masalah kewangan Kak Marr .. Siap dapat pulangkan modal, dapat pulangkan semua perbelanjaan untuk buka spa ni.. Dalam masa sebulan sahaja tau.




Bermula dari projek TWB lah membuatkan Kak Marr semakin rapat dengan mentor-mentor Kak Marr.. Alhamdulillah.. Pakej Spa Kak Marr mendapat sambutan yang menggalakkan.. Walaupun hanya dengan facial spa sahaja.. Tambahan pula musim perayaan..


Masa ni, facial kan kawan sekolah. Masa bulan puasa.


Dengan kewangan yang ada ini.. Kak Marr mula aktif dengan produk-produk shaklee, menjual dan menaja orang.. Kak Marr dapat rasakan satu keajaiban telah berlaku.. Satu per satu keajaiban telah berlaku pada diri Kak Marr.. Dengan kuasa Allah.. Bulan 7 & 8 Kak Marr masih mencari ilmu, memantapkan diri dan meyakinkan diri untuk berusaha keras sekali lagi dan untuk terus berjaya..


Ke Kelas Nutrisi di Bangi ketika Sarat Mengandung

Dah mula memboyot pun rajin lagi COD Shaklee untuk customer

Dah memboyot pun tetap belai muka customer
Banyak aktiviti kak Marr ketika mengandung..

Walaupun Kak Marr mengandung ketika ini, tapi ada satu semangat yang membuatkan Kak Marr menjadi lebih kuat dan suami Kak Marr juga mula menampakkan feedback yang positif terhadap kerjaya Kak Marr dan menyokong dengan turut consume shaklee bersama Kak Marr.. Kak Marr semakin bersemangat demi membantu suami, anak yang bakal lahir dan rumah tangga Kak Marr.. Pada bulan ini juga, Allah memberikan anak-anak Shaklee yang sangat hebat untuk bekerjasama dengan Kak Marr.. Alhamdulillah..


Pada bulan SEPTEMBER.. Keajaiban yang terlalu besar telah berlaku dalam hidup Kak Marr.. Kak Marr telah menaja 4 orang anak shaklee Kak Marr, (lahirkan anak shaklee sendiri) dan Kak Marr berjaya menjual promo ESP dan vit c one set, berjaya upgrade ilmu spa Kak Marr dan macam-macam lagi yang Kak Marr dapat dalam bulan SEPTEMBER..







Bulan SEPTEMBER inilah Kak Marr cuba mencari dan merapatkan diri dengan mentor-mentor Kak Marr.. Dengan mummy tiera dan MASTER Ainul.. Kak Marr bersama-sama dengan leader hebat Kak Marr suatu ketika dahulu. Kami cuba membuat duplication.. Mencari segala yang diperlukan untuk menjadi seperti mentor-mentor Kak Marr ini.. Walaupun Kak Marr agak sarat masa ini.. Kak Marr tak kira. Kak Marr rasa.. Kak Marr terlalu memerlukan mereka walau apa pun keadaan.. Dan Alhamdulillah.. Allah memudahkan segala urusan Kak Marr.. Kak Marr tak dapat lupakan sejarah dan moment bercoaching bersama KEY CODI MUMMY TIERA (sekarang dah MASTER) DAN MASTER AINUL..


At the middle of SEPTEMBER.. I've no sales waktu itu.. UV tak meningkat lagi.. Kak Marr rasa rungsing.. Kak Marr mula fikirkan pelbagai cara.. Mengadu pada Allah.. Ngadu dan terus mengadu


Alhamdullillah.. MIRACLE.. Sekali lagi terjadi!!


At the end of SEPTEMBER, Kak Marr terasa debaran closing tu sendiri.. Macam mana kalutnya closing.. Kak Marr rasa sendiri.. YES!! Kak Marr rasakannya.. Rasa nak menangis!!!


Alhamdulillah.. Finally Allah telah anugerahkan title SUPERVISOR untuk Kak Marr.. Atas setiap usaha Kak Marr.. Dan mungkin ini adalah rezeki baby yang bakal lahir..


Actually.. Kak Marr tak plan pun nak jadi SUPERVISOR pada bulan SEPTEMBER 2016.. Sebab Kak Marr rasa, Kak Marr belum bersedia.. Dan masa tu.. Hanya target utk naik kan bonus ke 11% sahaja..


Tapi.. Semuanya berubah, dari tak yakin timbulnya perasaan ingin cuba dan terlalu yakin.. Boleh sebenarnya , Rasa macam nakkkkkk sangat sangat sangat naik SUPERVISOR.. Siap tanya dengan mummy tiera.. Macam mana nak naik rank.. Macam mana nak effektif.. Dan masa tu.. Memang semangat yang lain macam ni datang menerjah diri..


SESUNGGUH ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG..


Alhamdulillah..tanpa disangka dan diduga pada awalnya.. Dan akhirnya, Kak Marr berjaya menaiki rank ke SUPERVISOR.. Dan bonus 4 angka kini milik Kak Marr 😊


KAKA MARR HADIAHKAN SUPERVISOR NI UNTUK ANAK UMMI DAN SUAMI TERCINTA SERTA MAK DAN AYAH..


Dan inilah pertama kalinya, usaha Kak Marr dalam keadaan yang sarat, penat dan pelbagai lagi.. Diberi ganjaran dengan bonus 21% dan title SUPERVISOR.. Alhamdulillah.. Kepada Allah Kak Marr bersyukur.. Dan segala yang berlaku ini dengan izin Allah juga.. Tanpa Dia.. Siapalah Kak Marr ..

Bermula Septermber memegang title SUPERVISOR dan Berjaya efektif untuk 6 bulan seterusnya TANPA GAGAL. Tanpa ,iss walaupun sebulan. Terlalu banyak pahit manis dan terlalu banyak benda yang Kak Marr belajar selama 6 bulan ini. Akhirnya, Allah nak bagi Kak Marr naik ke pentas National Conference!!








Kak Marr tak pernah pergi lagi ke NC ni. Pernah plan nak pergi, tapi ada masalah lain yang lebih utama. Jadi, Kak Marr terpaksa tangguhkan dulu hasrat Kak Marr . Dan akhirnya, Kak Marr dijemput ke NC oleh Shaklee. Dapat lunch FREE dekat hotel 5 bintang bersama husband. Dapat naik pentas! Untuk ambil award ‘New Rank Achievement’ Bayangkan perasaan yang terlalu nak pergi ke NC, akhirnya dijemput khas. Terlalu eksited Kak Marr rasakan! Inilah reward yang Allah nak bagi setelah 6 bulan menangis, suka dan suka turun naik untuk FIGHT!





Tapi, ada tragedi selepas dapat AWARD. Kak Marr tak tahu mana silap Kak Marr, leader Kak Marr, iaitu kaki kuat Kak Marr mengundur diri dari buat Shaklee. Tak apalah, ini semua ujian dariNYa. Kak Marr redha dengan ketentuanNya walaupun masa ni sangat sakit dan Kak Marr sangat down.


Rupanya, Allah nak bagi yang lebih baik dan lebih istimewa. Sekarang ni, Alhamdulillah, Kak Marr ada ramai anak spa yang sangat aktif mengejarkan kejayaan demi kejayaan dalam Shaklee. Alhamdulillah, sampai sekarang memang setia gila dengan Shaklee. Tak boleh dah berpisah dengan TWB dan Shaklee ni. Dan terasa sangat saying dengan anak-anak Shaklee dan anak-anak spa Kak Marr yang sama setia macam Kak Marr.




Untuk pengetahuan semua juga, Awal tahun 2018 haritu, Kak Marr menyertai Giatmara dalam jurusan Solekan dan Terapi Kecantikan selama 6 bulan. Kak Marr rasa rugi tau join Giatmara ni, sebabnya TWB ni dah sedia segalanya. Pergi kelas selama 6 bulan rasa macam buang masa sebab nak belajar sampai 6 bulan weyh!! Kelas dari 8 pagi sampai 5 petang. Jenuh! Tak payah weyh! Tak payah… Buang masa uollz aje kalau ada niat nak ambil kursus di giatmara. 6 bulan tu, boleh fight utk award sekali lagi tau! Bonus 4 angka dalam tangan.




Tapi, Kak Marr tak salahkan takdir. Im enjoying with this. Ada pengalaman yang Kak Marr boleh share dengan uollz. Walaupun belajar di Giatmara, TWb tetap di hati. Dan bagi Kak Marr, TWB jalan yang paling mudah, paling ringkas, hasil dia memang superb. Kalau Kak Marr belajar di giatmara tapi tak ada ilmu TWB ni, ingat Kak Marr boleh buat duit ke? TAK BOLEH beb! Sebab di giatmara tak ajar you macam mana nak set up bisnes. You takkan Nampak jalan dia. Akhirnya, Kak Marr dapat buat HOME SPA Kak Marr yang eksklusif dengan TWB. Bukan loan dari giatmara and so on. TAKDE! JANGAN MIMPI semudah ABC u akan dapat duit dari GIATMARA!








Alhamdulillah, selepas habis giatmara, Kak Marr buka semula servis Kak Marr. Alhamdulillah, Kak Marr berjaya dapatkan income RM700+- termasuk duit minyak, dalam masa 5 hari tau. Alhamdulillah, bermula Julai sehingga sekarang, Kak Marr ada anak spa yang lebih ramai, dah ada HOME SPA, Kak Marr makin senang nak efektif. Allah telah banyak membantu Kak Marr. Yang paling Best. Husband Kak Marr pun dah terlalu banyak support Kak Marr dalam bisnes Shaklee dan TWB ni.


Alhamdulillah, terlalu banyak kejayaan dan pengalaman Kak Marr bersama Shaklee dan TWB ni. Ini semua dengan berkat, redha dan doa dari suami dan emak Kak Marr.. Termasuklah mentor-mentor hebat Kak Marr.. Tanpa doa mereka juga, mungkin Kak Marrtidak berada di tempat sekarang.. Terima kasih Kak Marr ucapkan kepada mummy tiera dan MASTER Ainul juga..atas doa kalian.. 


Terima kasih semua.. Tanpa group Sparkle, projek TWB, MASTER Ainul, mummy tiera, suami dan family Kak Marr serta anak-anak Shaklee dan anak-anak spa Kak Marr yang hebat.. Kak Marr tak berjaya dan sekuat sekarang.. Syukur kepada Allah.. Dia menghadirkan orang-orang yang positif kepada Kak Marr..

Kak Marr akan besarkan lagi empire CFE dan Kak Marr akan duplicate MASTER ATHIRAH 200%

Semoga perkongsian Kak Marr ini dapat memberi semangat untuk semua berjaya bersama-sama.. Aaaaamin..

Sarat mengandung bukan alasan dan Kak Marr tak pilih utk bermalas malasan. Walaupun apa jua ujian dan halangan mendatang, SABAR dan SETIA lah. InshaAllah, anda akan dapat ganjaran yang besar yang akan buat anda tersenyum suatu hari nanti. Percayalah! dan Anda kena kuat! 💪🏻




Mohon doakan Kak Marr naik rank Coordinator April 2019 nanti ye. Aaaaamin
Terima kasih semua

Much LOVE
Kak Marr


No comments:

Post a Comment